Wednesday, February 27, 2008

Sembang Pagi



1.18 am

Mata aku masih buntang

Patutnya aku mengejar dateline kerja

Tapi macam biasa aku selalu tersasar tujuan

Mana mungkin aku menolak peluang berdiskusi dengan Megat

Dia suka berdiskusi, aku suka berdiskusi

Mungkin kami ditakdirkan suka berdiskusi berdua

Kerana tiada siapa mahu mendengar topik bicara kami

Selalunya mengarut tapi tidak malam ini

Megat kata ada cikgu malas, ada cikgu tak reti banyak benda, ada cikgu sambil lewa

Aku jawab : Abah aku penyabar, dia ikhlas dengan ilmu yang ada

Sebab itu agaknya abah aku saban tahun mengajar kelas pemulihan

Pernah aku menyorok di balik pintu

Memerhatikan abah aku bersama murid-muridnya

Abah tidak suka mengajar aku

Dia fikir aku degil dan dia terkadang hilang sabar apabila mengajar aku

Mat Isa, cuba eja johan...

J-i-b-u-n..J-o-h-a-n cikgu

Salah Mat Isa..cuba tengok betul-betul

Saya tak tau cikgu

Pelan-pelan cuba lagi sampai dapat

Aku sudah menyumpah di belakang pintu

Aduh!bengapnya Mat Isa ni

J-o-h-a-n la Mat Isa jerit aku

Sudahnya aku pulak yang di tempelak abah

Jangan ganggu budak-budak ni!

Aku sedih campur cemburu

Abah aku lagi senang mengajar mereka dari aku!

0 messages: