Tuesday, November 18, 2008

Sehari dalam Hidup Saya



Isnin


Pagi


Aku bangun awal di pagi Isnin. Kejayaan yang boleh di samakan dengan kejayaan mereka yang menganiaya Sarah Palin dengan panggilan hangit kononnya daripada Presiden Perancis.

Ya, aku bangga dengan diri aku yang bersemangat pergi kerja,lagaknya seperti buang tabiat.

Malah aku sempat singgah beli karipap 3 biji sehengget yang mana saiz karipap itu adalah sebesar botol yakult dan lebih banyak tepung dari inti.


Aku hampir membelasah seorang pakcik kekwat dengan food thong kerana dia memilih-milih karipap untuk mendapatkan karipap bersaiz besar sedangkan jelas dan nyata bahawa makcik jual kuih tu dah tetapkan standard iso 9001 yang karipapnya mestilah sebesar botol yakult, tak lebih tak kurang.

Aku sampai di opis pada jam 8.40 pagi, itu pun sebab jem kat taman desa. Tapi takpe, sempat aku makan karipap dan jus epal cap joy dalam kereta supaya aku joy sepanjang hari.


Ada kurang daripada 5 orang ahli pasukan aku yang ada di opis ketika aku tiba.

Sengalnya aku datang awal pada hari yang tak sepatutnya.

Rupa-rupanya boss aku cuti.

Rugi aku tak add boss aku dalam facebook, kalau tak mesti aku boleh nampak status dia “I’m having a fun time with family” or something to that extend.

Tapi itu tidak memusnahkan hari aku setakat tengah hari kerana aku dan rakan sebaya dan tak seberapa baya telah pergi brunch dengan hati yang girang kerana ketiadaan bos.


Petang


Laptop opis aku memang di buktikan bagus.

Kalis air. Kalau setakat tertumpahkan milo takde hal. Terjatuh ke lantai?Takpe.Maintain!

Bak kata orang, hard disk still up and running kaedahnya. Tapi kalau ko cucuk Botox atau buat nip and tuck selepas mengaktifkan pengenalan wajah masalah jugak la nak access laptop. Maklumlah struktur wajah dah berubah kaedahnya u’ollz. Terpaksa la call help desk kan?

Entah apa malang, aku dapat laptop yang lembapnya boleh menyebabkan hamba Allah yang amat penyabar hilang kesabaran dan menggigit kuku sambil berbaring di bawah meja kerana kesabaran teruji seperti melihat budak-budak makan apom kaler hijau yang ada kelapa di atasnya semasa bulan puasa layaknya, atau yang selenga akan makan tat telur dengan kadar kunyahan 10 kali dalam 30 saat bersama teh panas macam aku buat selalunya.


Kerja yang boleh siap dalam masa 2 jam boleh jadi 4 jam akibat hang 8 kali, nak buka satu program pun bersamaan dengan jangka masa slot senaman di radio 1.8 lagi, 1,2,3.

Nak masuk maghrib baru aku siap kerja yang boleh siap dalam 2 jam ittew. Ya, rekod pulang lewat pada pukul 7pm buat pertama kalinya di opis baru.


Malam


Telefon aku sekarang sentiasa dalam mod senyap. Aku mengamalkan mod senyap selepas waktu kerja.

Balik rumah baca buku, buat kerja freelance, tidur,bangun dan pergi kerja.

Konon aku nak jadi Edward Norton dalam Fight Club. Cumanya aku tak rela lawan-lawan gittew.

Muka aku yang tak lawa ni tak payahlah nak diburukkan lagi.

Mungkin aku patut buat fight club ala Malaysia – main getah atau teng-teng.

Lebih afdal dan menyemai nilai estetika di kalangan rakyat Malaysia.

Zaman ekonomi meleset kena jimat dan buat aktiviti yang tak payah guna duit, tidur sepanjang hari di hujung minggu atau pergi saja perpustakaan atau bertukar-tukar buku dengan kawan-kawan, duduk diam-diam dan membaca di rumah atau padang depan rumah sambil ushar orang yang jogging.

Sedang aku bagi kucing aku makan,ya aku menunaikan azam aku seperti di status FB aku: nak balik awal sebab nak bagi kucing makan dan aku terasa seperti telefon aku berbunyi ring ring ring, ku angkat ku tanya siapa. Malangnya aku tak sempat nak angkat dan bertanyakan siapa.


Hanjeng sangat sebab telefon aku dalam mod senyap. Ada 2 missed call. Semalam aku tengok cerita Korea, Seducing Mr Perfect. Menurut filem itu, kalau orang menghubungi anda lebih daripada 2 kali kerana anda tidak menjawab pada panggilan pertama maknanya orang tu nak bercakap sangat dengan kita dan kita tak sepatutnya membalas panggilan itu. Motif?Jual Mahal katanya. Aku telefon juga si pemanggil walaupun panggilannya tak cukup 3 kali dan aku tak pandai berjual beli. Math SPM aku fail.


Tujuan pemanggil menghubungi aku ialah untuk pass sampah sarap aku yang aku tinggalkan di rumah dia.

Aku bukan tak mahu pergi ambil, cuma aku romantis orangnya. Suka nostalgia tak tentu fasal. Pembungkus hacks dia belikan pun aku nak simpan dalam scrap book.


Situasi semasa aku dengan pemanggil agak kronik, menjunam seperti Wall Street. Tidak!Jangan sekali-kali samakan ia dengan ekonomi Malaysia. Walaupun bursa saham seluruh dunia membuat terjun tiruk tapi pembesar kita kata takpa, ekonomi kita kuat sebab kita ada kekuatan dalaman (ayat alam perwira) dan rakyat masih cukup makan. Selalu aku cakap benda yang aku tak maksudkan kepada dia. Kadang-kadang sebab nak kawal keadaan, kadang-kadang nak sedapkan hati aku atau dia tapi selalunya sebab aku suka cari gaduh. Motif? Fight club wannabe.


Pemanggil tu cakap aku sukar dijangka dan dia dah tak kenal siapa aku lagi. Dia takut aku akan mendatangkan mudarat kepada dia. Jadi dia fikir lebih baik langkah keselamatan di ambil sebelum aku merogol/meliwat dia dengan batang penyapu, kemudian ambil gambar dia menangis di sudut bilik dan tampal di internet atau aku letak ubat cicak dalam milo dia. Aku tak suka cicak tapi aku belum sampai tahap melastik cicak yang membuat u-turn di siling umah aku fasal aku tak pandai melastik.

Aku cepat-cepat jawab ya aku tunggu kau datang kepadanya untuk menjimatkan kredit aku.


Rutin kami seperti biasa.Too much of no sound makes me a bored rabbit.

Supper di gerai milo ais sedap di mana pembancuh airnya adalah mamat Kelantan cute dengan dialek daerah pekat (bukan aku sorang je rasa dia cute, kawan-kawan aku dari pelbagai sex orientation turut mengakuinya) dan dia telah aku ayat selama 2 tahun tapi tak dapat-dapat. Takpo awe, mek percayo usoho tu tangga kejayae. Dah bergelen-gelen air milo bancuhannya aku minum, kadang-kadang sampai 3 cawan demi mengambil hatinya tapi tiada diskaun pun yang aku dapat.

Perbualan sangat lembap dan aku hampir tertidur. Dia sibuk dengan sms, aku pun begitu.

Tiba-tiba hidung aku kembang kerana pada ketika dan saat yang runcing itu sms bertalu-talu dari rakan-rakan terutamanya topik perbincangan berkaitan kegiatan pengedaran wang palsu di gerai nasik lemak kegemaran aku membuatkan aku rasa di hargai rakan dan taulan.

Dia cerita dia hilang kawan kerana kawannya (dia seorang yang ramai kawan, lebih ramai daripada yang aku ada kerana dia popular dan setakat nak bermain sukaneka 10 orang satu team yang mewakili 4 warna boleh sangat la)telah percayakan fitnah yang di tabur orang tak di kenali.

Kata Saharil dalam tulisannya di dalam Romlah the Untold Stories : Kadang-kadang realiti sebenar terlalu hambar, kita lebih percaya pada pembohongan. Aku tak perlu mengulas sebab itu hal peribadi dia dan kawannya, hanya mereka yang tahu hambar atau tidak realiti mereka. Mungkin kawannya itu berpegang kepada ungkapan Saharil tiada orang tahu semua perkara tentang seseorang.


Tapi aku fikir masa yang berlalu dan kejadian-kejadian yang berlaku sepanjangnya, rasa percaya kepada orang yang kita kenali mungkin menjadi rangup seperti rangupnya kuih sepit dan akhirnya ia menjadi lemau . Selepas sekian lama pertemuan akhirnya terisi dengan suasana senyap seperti malaikat lalu sambil masing-masing memandang hp dan bersms dengan orang lain yang kita fikir lebih wajar diberikan perhatian daripada berbual dengan orang di hadapan kita yang pastinya sudi dan suka meluangkan masa mereka untuk kita. Sepanjang perbualan aku terfikir apakah dia akan sesedih itu jika aku tidak lagi berkawan dengannya. Ia surreal jika aku mengatakan ya kerana nyatanya tidak. Orang macam aku bersepah di tepi kolam pancutan air KLCC.


Sebagai penutup majlis aku serahkan kunci rumahnya sebelum di akhiri dengan dia berlari menuruni tangga rumah pangsa yang busuk ini kerana ketepuan tahap gabannya dengan aku.

Ya, dia fikir aku ‘sakit’ kerana pelbagai sebab. Aku teka dia berkata begitu kerana aku tidak merasakan pekerjaan aku best macam suzuki best, sentiasa fikir yang negatif, tinggal seorang diri di rumah seperti kera sumbang dan tiada hobi vogue macam menjahit dan memasak (aku tak tahu sama ada mengedit dan membuat translasi boleh di kira sebagai hobi sebab aku suka keduanya), mengisi masa dengan buku yang tak berfaedah seperti Dissident Marxism dan Che Guevara seolah-olah aku bakal melancarkan satu revolusi yang maha penting pada abad ini di Pandan Jaya serta berkemungkinan besar berhalusinasi dan mendengar bisikan-bisikan syaitan (sila bayangkan aku seperti Jack Nicholson dalam The Shining yang sedang menaip di lobi hotel sebab rambut aku agak tidak terurus seperti singa paddle pop terutamanya bila bangun pagi) yang bakal melayakkan aku untuk muncul di dalam expose mistik. Akibat daripada permasalahan itu, aku telah membawa bersama kadar ketoksikan yang tidak terbendung hingga melebihi titanium peringkat keempat ke dalam hidupnya Apa yang dia tidak tahu ialah aku sudah tiada perasaan untuk keluar berjumpa sesiapa apatah lagi menghubungi orang dan ajak berjumpa. Apa yang aku buat ialah duduk di rumah dan tunggu saja ajakan orang. Aku faham semua orang ada hidup masing-masing cuma selalunya masa aku lebih lapang akibat daripada ketiadaan aktiviti selain daripada yang tersebut di atas.


Sangka aku mungkin aku akan sangat drama seperti selalu, berlari mengejarnya sambil merayu agar diberi tumpang tengok shin chan dan doraemon di rumahnya Sabtu ni.

Ajaibnya, aku hanya memasang telinga mendengar derap kakinya yang berlari laju menuruni tangga seolah di kejar vampire (Saya suka vampire jahat dalam cite Twilight. Dia sangat kacak dan jahat. Saya fetisy lelaki jahat) dan kemudian menerajang kucing aku yang cuba menyeludup bf no entah ke berapa daripada masuk ke dalam rumah sambil mengunci pintu. Aku tak mahu bersubahat, dosa aku pun dah banyak. Lagipun dia baru beranak bulan lepas. Dia dah dermakan anak-anak dia kat orang. Aku pun tak sempat nak daftar ke JPN anak-anak dia tu. Mudah-mudahan jangan jadi anak gelandangan dan masuk 360 TV3.

Macam penutup Saharil dalam Romlah the Untold Stories- Kita kadang-kadang, perasaan diri sendiri pun kita tidak faham dan tidak tahu membaca.



Katy Perry Mannequin


How do I get

Closer to you

When you keep

It all on mute

How will I know

The right way

To love you

Usually the queen of figuring out

Breaking down a man

Is no work out

But I have no clue

How to get

Through to you

Oh, I wanna hit you

Just to see

If you cry

I keep knocking on wood

Hopin there's

A real boy inside

Cause you're not a man

You're just a mannequin

I wish you could feel

That my love is real

But you're not a man

I wish I could just

Turn you on

Put a battery in

And make you talk

Even pull a string

For you to say anything

But with you

There is no guarantee

Only expired warranty

A bunch

Of broken parts

And I can't seem

To find your heart

Oh, I'm such a fool

I'm such a fool

I'm such a fool

This one's

Outta my hands

I can't put you

Back together again

Cause you're not a man

You're just a Mannequin

I wish you could feel

That my love is real

But you're not a man

You're just a toy

Could you ever be

A real, real boy

Understand

But you're not a man

If the past is a problem

Our future could solve them baby

I could bring you to life

If you'd let me inside baby

It'll hurt,

But in the end you'll be a man

You're not a man

You're just a Mannequin

I wish you could feel

That my love is real

A toy

Could you ever be

A real, real boy

Understand

But you're not a man

You're not a man

You're just a Mannequin

I wish you could feel

That my love is real

But you're not a man