Monday, July 27, 2009

Belasungkawa - Ini Posting yang Maha Panjang

Boss TSC


Fikiran aku agak serabut sekarang sebenarnya. Kehilangan dua orang kenalan rapat di dalam sela masa seminggu. Ok,memang bunyinya entah apa-apa fasal bukannya aku kematian ahli keluarga tapi bukankah di dalam mengharungi kehidupan moden kita selalunya kawan-kawan akan mengambil alih kedudukan utama berbanding keluarga? (Giles poyo opening line aku)



Kenalan yang pertama menderita selama dua bulan sebelum dijemput sakratul maut untuk bertemu Allah. Lima hari sebelum kematiannya, aku telah pergi melawat Allahyarham di hospital. Dia bukan lagi Aniff Ghani yang suka tengok cerita hantu tapi tutup mata kemudian sibuk tanya apa yang terjadi, nyanyi karaoke sampai nak tercabut anak tekak dan suka buat pelan ad hoc. Imej dia sedang batuk menahan kesakitan itu adalah rekod imej terakhir di dalam otak aku. Kalau otak boleh dioperasi seperti komputer dah lama aku padam semua imej-imej yang membayangkan kesakitan dan penderitaan Aniff dalam otak aku. Termasuk saat di mana dia menunjukkan gerai pau suri di tepi jalan kawasan menuju ke rumahnya. Kekure, ko nampak tak gerai pau tu? Sedap tau pau dia. Ko suka makan paukan? Singgahlah beli pau tepi jalan tu. Adeh kol 12am mana nak ada orang jual pau dah tepi-tepi jalan kampung di Melaka. Tapi satu yang aku suka fasal Aniff ialah motonya : buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Terima kasih Aniff, aku akan ingat moto ko sampai mati, insya-Allah.

Kenalan yang kedua sangat ultra popular. Tak payah aku sebut nama pun rasanya korang dah tau siapa gerangannya. Mula-mula aku jumpa Yasmin Ahmad ialah semasa tayangan Rabun di LB. Aku memang paling suka Rabun di antara semua filem-filem dia. Sebab itu aku akan hadir pada kebanyakan tayangan filem Rabun di LB. Kepada sesiapa yang bertanya kenapa aku asyik nak menempek tengok Rabun dia akan jawab : So what?She likes my film. Let her watch again and again la.

Banyak benda yang aku dapat daripada Yasmin. Benda yang teramat berharga dia berikan kepada aku ialah beberapa orang manusia yang merupakan peminat filem dia yang akhirnya menjadi geng aku sekarang. Tiada benda lain yang lebih berharga daripada ini. Bos, terima kasih sebab bagi gua kawan-kawan. Aku fikir ramai orang yang dapat menambah kawan bila dorang join blog Yasmin. dan seesuai dengan sifat Yasmin yang suka berkawan. Lagi satu aku sampai sekarang tak percaya bahawa Yasmin karen banget ni boleh terima aku in her circles. Bukan apa dengan aku yang ntah apa ntah berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan filem yang amat luas serta berkarier bagus dan berpandangan jauh. Blog aku pun meraban jeh takde kupasan mendalam tentang politik atau filem. Persamaan kami hanyalah sukakan Rumi dan Neruda. Ada masanya kami menerangkan perasaan masing-masing ketika itu dengan puisi. Aku tak pandai menulis puisi jadi aku copy paste jeh dari bahan online. Selain daripada tu, memang tiada persamaan lain yang ketara. Aku suka lelaki ala-ala mat salleh dan dia suka yang bermata sepet, aku suka muzik rock dan korang pun tau muzik apa yang dia suka berdasarkan kepada runut bunyi filemnya dan lagu-lagu yang di pos ke blog.

Paling akan aku ingat ialah trip kami ke Labuan di atas jemputan Megat untuk program LMAF di tempat dia mengajar. Aku jadi chaperon Yasmin tapi aku tak kisah asalkan dapat jalan-jalan free guna duit kerajaan. Tugas aku sepanjang masa ialah jaga beg semasa dia buat ucapan dan pegang hadiah-hadiah yang dia terima daripada peminat. Serius, dia ramai peminat dan dia pandai flirt. Tak sempat aku nak menuntut ilmu. Kalau tak aku pun mungkin boleh menjadi seorang kaki flirt yang berjaya. Bak kata Megat, aku dan Yasmin seperti teenagers yang tak sedar diri. Asyik tergelak-gelak,terkadang gedik-gedik dan kadang-kadang cam jakun melihat benda yang tak pernah terjumpa di KL atau sepanjang hidup. Keterujaan kami rasanya seperti budak-budak yang dapat pergi rombongan melawat Zoo Negara naik bas persiaran cuma kami up sikit sebab dapat naik kapal terbang MAS dan tidur di Sheraton Hotel Labuan.

Aku hanya akan menyimpan imej Yasmin sebagai seorang yang suka ketawa besar dan tidak pernah berdengki dengan orang. Walaupun berkali-kali aku ucapkan terima kasih kepada dia, aku rasa macam tak cukup je ucapan aku tu. Aku tak pandai mengucapkan selamat tinggal, jadi posting ini akan dikahiri dengan petikan chat di antara aku dengan Yasmin, supaya orang yang tidak kenal Yasmin akan lebih memahami siapa dia dan akan mengasihi dia sebagaimana kita yang berpeluang untuk berkawan dengan Allahyarhamah.


Chat ini mengambil tempat selepas tayangan talentime di LB



Kekure: i started off today pretty bad..my car had been hit and my bumper all wrecked up
but when these people told me that i’ve done a great job it wiped off every bad feelings
i guess that's what you feel when people tell you that your movies moved them

yasminthestoryteller: yes, but lately, it's been slightly different. starting from mukhsin, my eyes, my mind, and my heart became more aware of the blessings that come while i'm making my films. so much so, it's almost as if nothing that happens is of my doing; i'm just an instrument; like a log floating down a river. it's a liberating feeling. and when the work is done, it almost doesn't matter what happens or what response it gets. do you understand?

Kekure: hmmm..yeap...
god blessed you with good ideas
my colleague asked about u the other day
he asked me how you are like as a human being
told him that you are a nice person who is sincere it whatever she does
and he said that's why god blessed people that are sincere with good things

yasminthestoryteller: this is an important experience for me. i think i'll do a posting about it. "are my films really mine?"

Kekure: yeap..you should!
is there any invisible hands behind yasmin's work?

yasminthestoryteller: absolutely! and from where i stand, it wasn't invisible at all!
interesting!
the 2 birds hopping into frame as hafiz prayed in the mosque after his mother died, for example. the blessing was totally visible!

Kekure: i totally remembered that..some people might think that you coax the birds there

yasminthestoryteller: they don't know, that's why. when ted said she had never cried so much for any of my films before but that it was her least favourite of my films, i smiled so broadly. it was god's beauty that drew out her tears.

Kekure: iyalah..i je tak suka this movie :P
but i suppose with talentime it'll draw some new fans

yasminthestoryteller: i'm smiling broadly again. :-)

Kekure: especially those that never like ur movies
yes it's a beautiful movie but in some ways i just don't feel it hehehe

yasminthestoryteller: your loss. hehe!

Kekure: but give me rabun any days and i'll cry like heavy rains :)

yasminthestoryteller: maybe you're in denial about something?

Kekure: maybe
lately i live in a surreal world
so it's kind of hard to like talentime
kenyataan yang terlalu kejam :'(

yasminthestoryteller: hmmm...

Kekure: that should be the film's tagline..kenyataan itu sesuatu yang kejam..

yasminthestoryteller: i got no tagline for talentime. maybe "love comes in silence". don't know.
you need a toothache or a migraine to bring you back into perspective.

Kekure: i already had my car wrecked so insya Allah i'll have some new perspective on life soon :)

yasminthestoryteller: car wreck is till emotional pain. bad toothache or migraine makes you think, "oh god, please give me emotional pain instead..."

Kekure: i had that on monday..
but when i recited yassin i cried my heart out

yasminthestoryteller: not everything we want is ours. that's why there's such a thing as theft.

Kekure: and i opened up quran the page that i opened up without conscience is alam nasyrah
ada kemudahan after all the hardship

yasminthestoryteller: alhamdulillah

Kekure: perhaps it was god's way of telling me that hey something good will come ur way..do u think?

yasminthestoryteller: yes. how can u even doubt that.

Kekure: after that i felt that i shouldn't be tamak
so i shouldn't ask for more..just yet

yasminthestoryteller: ask for peace of mind.