21 Mei 2009 nenek sebelah abah aku meninggal akibat komplikasi usus. Menurut kakak aku, saudara abah terlupa untuk memaklumkan keluarga kami mengenai masalah kesihatan nenek aku dan dia akhirnya meninggal di atas meja bedah. Tragis seperti adegan di dalam Grey’s Anatomy tetapi tanpa adegan ahli keluarga terlupa memaklumkan saudara yang lain bahawa ibu mereka sedang tenat. Secara jujur aku tiada sangat kenangan dengan nenek aku sebab aku rasa opah aku sebelah mak lebih cool dan vogue sebab dia boleh skiping engrish!hahaha
Sebenarnya, bukan senang menjadi anak kepada menantu yang di tolak mentah-mentah oleh keluarga mentua. Ala-ala di pandang hina kalau balik kampung masa raya. Kedua ibu bapa aku mula menghadapi dugaan semasa hari perkahwinan, kata orang akibat berkahwin tak mendapat restu keluarga abah. Entahlah labu! Gara-gara peristiwa 13 Mei 1969 kelam kabut jadinya majlis kenduri mak abah aku. Nasib baiklah sempat akad nikah, kalau tak kempunan abah aku nak bergaya dengan cermin mata hitam yang dia beli kat Singapura dan jadi modal dia mengurat awek.
Paling aku ingat bila aku di kejar macam ayam oleh nenek aku. Standard la aku, kalau balik raya ke kampung sebelah abah penuh la kereta dengan senapang, koleksi askar dan buku untuk aku memenuhi masa kat kampung. Kadang-kadang fasal nak rasuah aku supaya balik kampung abah akan belikan aku aksesori baru macam topi koboi supaya aku boleh bergaya keliling kampung sambil kutip duit raya. Bila dah berjumpa dengan sepupu-sepupu lelaki aku maka terjadilah pertempuran di antara askar British dan Jepun. Nenek aku hangin satu badan fasal kita orang bising nak mampus dan ayam-ayamnya menjadi POW. Pasukan mana paling banyak dapat POW maka dialah pemenangnya. Setelah penat menahan sabar, maka nenek aku akhirnya bertukar menjadi kejam ala-ala ibu mertuaku. Oleh sebab ayamnya telah habis menjadi POW dan reban ayam kosong, maka kami sekalian cucunya di tangkap dan dimasukkan ke dalam reban bagi menggantikan ayam yang dah togel kena seksa. Zaman tu aku yang paling kecil dan licik maka aku terlepas daripada di sumbat ke dalam reban ayam. Jenuh aku pecut 100m berlawan lari dengan nenek aku. Sepupu aku ada empat orang yang merasa duduk dalam reban ayam dan dah besar pakat menjadi doktor dan peguam. Rugi betul aku tak masuk sekali, kalau tak mesti aku pun dah ada kerjaya yang glamour jugak!
Kali terakhir aku berjumpa nenek aku ialah pada dua tahun lepas. Aku balik pun sebab mak dengan kakak aku paksa aku balik. Ikutkan hati aku malas nak balik langsung selepas kematian abah. Walaupun mak dah berkahwin dengan abah lebih 30 tahun pun, keluarga abah aku tetap tak nak terima mak aku dan kami adik-beradik. Aku tak faham kenapa nak berdendam, marah atau menyimpan apa saja perasaan negatif yang perlu di pendam bawa ke mati. Konsep dendam kesumat sangat tau!
Untuk nenek yang namanya pun tidak aku ketahui, semoga bahagia berada di syurga dan jauh daripada polemik politik Perak yang menyesakkan. Mudah-mudahan nama nenek tidak digunakan oleh pengundi hantu nanti.

Al-fatihah