Oleh sebab ramai yang tidak dapat menonton dengan alasan seperti tiket sudah kehabisan, maka saya dengan murah hatinya ingin berkongsi fakta-fakta menarik yang saya kutip sepanjang menonton muzikal tersebut.
1. Terdapat 16 babak dan 16 lagu di dalam teater ini
Lagu yang ada di dalam teater ini melebihi jumlah lagu yang terdapat di dalam High School Musical 3. Ha, hadek-hadek kagum tak korang? HSM 3 pun ada 10 lagu jeh tapi teater ni ada 16 lagu. Namun daripada kesemua lagu yang ada hanya satu lagu sahaja yang aku masih ingat di dalam otak aku iaitu di babak 5 bertajuk Kita Serumpun. Susunan muziknya amat ‘catchy’ dan melambangkan identiti Malaysia dan Indonesia. Aku nyaris-nyaris sahaja bangun dari kerusi dan berteriak ya kita memang serumpun, maka hentikan pergaduhan-pergaduhan bodoh yang tidak menguntungkan sesiapa! Muzik ini memang menaikkan semangat. Saya suka! Tahniah Encik Ruslan Imam.
2. Fauziah Latif pancit
Di zaman kegemilangan Kak Gee dulu saya suka juga mendengar lagu nyanyian Kak Gee di corong-corong radio. Dah, tak yah berlakon cool dan berpura-pura yang korang tak tahu lagu layu di tasik madu tu. Entah-entah dulu pakat beratur kat tangga sekolah buat show nyanyi lagu ni time rehat. Malahan kedua kakak saya dengan gigihnya telah mengumpul duit belanja sekolah yang tidak seberapanya itu untuk membeli kaset-kaset yang asli. Lakonan Kak Gee di dalam rancangan-rancangan raya terbitan Azwan Ali (sebelum dia menjadi seorang yang jelik) seperti Lontong amat menarik juga. Tetapi itu tidak bermakna Kak Gee boleh berlakon teater dan menyanyi ‘live’ dengan baik. Maafkan saya Kak Gee. Memang jujur pernyataan saya ini, Kak Gee pancit! Tapi kalau ini bukan teater muzikal dan tak perlu menyanyi serta yang penting hanya perlu kelihatan cantik dan menarik seperti semasa memperagakan mutiara Rafflesia maka watak Tun Rahah ini memang sesuai untuk Kak Gee.
3. Rashidi Ishak, anda memang hensem tetapi ia tidak dapat menutup kelemahan suara anda
Ini seorang lagi idola aku dulu-dulu iaitu sejak zaman dia popular dengan iklan Levi’s tu. Ala, zaman-zaman dia dengan Dead Mushroom tu. Pastu entah macam mana dia jadi pelakon, tapi aku redha jeh fasal boleh nampak muka dia kat TV selalu. Selepas ini, tolonglah berlakon drama dengan filem je yek? Aku musykil mengenai cara pemilihan pelakon untuk watak Tun Razak. Asal boleh je ke?Sanggup menerima bayaran murah? Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu bagaimana caranya. Suara memang sepatutnya tak boleh nak komen sangat fasal dia bukan penyanyi. Kalau yang memang penyanyi pun pancit apa tah lagi dia yg main gitar jeh. Ok, suara Rashidi Ishak tak le seteruk suara mereka yang menyanyi secara syok sendiri di karaoke jamban tapi kenapa penghayatan watak tak seberapa. Halo, bukan takde pengalaman berlakon okes? Kuciwa saya tau! Nasib baik tiket free. Kalau tak dah lama saya baling kasut ke pentas.
4. Dato’ Rahim Razali, saya hormati anda sebagai pengarah tersohor yang berpengalaman tapi kenapalah teater ini sepertinya syok sendiri?
Siapa yang tak pernah menonton filem Abang dan Matinya seorang patriot memang patut di hukum rejam dengan guli. Ala siapa yang tak ingat dalam filem Abang ini betapa rangginya Ogy Ahmad Daud dengan bajunya yang seksi serta kuku kaler merah cili ittew dan lakonan yang mantap daripada Ahmad Tarmimi Siregar sebelum zaman tekarianya. Tak lupa juga Eman Manan dan Yusuf Wahab yang sangat menjiwai watak mereka di dalam Matinya seorang patriot. Bagi sebab-sebab teknikal dan sebagainya anda boleh merujuk kepada Fadz di blog beliau. Tetapi bagi saya yang cetek ilmu perfileman dan menonton filem hanya kerana penceritaannya dan kepuasan selepas itu, bolehlah dikatakan kedua filem ini memberikan kepuasan dan semangat yang baru setelah menontonnya. Agak menyedihkan teater ini seolah-olah menjadi petunjuk bahawa Dato’ Rahim Razali mungkin sudah hilang taringnya.

5. Garapan lemah menjadikan teater ini satu teater lawak jenaka
Ini teater tentang Tun Razak dan jasanya kepada negara. Tapi saya tidak terasa pun betapa bangganya saya kepada Tun Razak selepas itu. Saya agak terkejut dengan pemilihan baju dan mekap pada babak 2. Aiyoh, ambil idea dari drag show kat La Queen ke uols? Ada sesetengah babak yang sepatutnya menimbulkan perasaan sedih tiba-tiba jadi bahan jenaka dan terdengar deraian ketawa penonton. Ahmad Firdaus Che Yahaya, anda memang berbakat. Tolong jangan sia-siakan bakat anda dengan berlakon watak yang ntah apa ntah.
6. Wabak teater muzikal di Malaysia perlu dikawal
Selepas kejayaan PGL dan P. Ramlee the musical maka rasanya kalau boleh semua produser nak buat teater muzikal. Tolonglah sedar diri yang kedua muzikal tu dibuat dengan teliti dan memang bermutu. Kalau spesifikasinya begitu, tak hairanlah kalau semua orang berebut-rebut nak datang tengok. Tapi ingatlah ye, kalau nak buat teater tu buatlah betul-betul. Jangan sekadar nak menjual tiket atas nama muzikal dan nama-nama pelakon drama,TV atau filem yang tiba-tiba berlakon teater dengan alasan dia nak mencuba sesuatu yg baru. Memang buruk padahnya nanti! Lagi satu, tak semua cerita patut dijadikan muzikal dan Tun Razak ini adalah salah satunya. Noktah!
7. Istana Budaya, dah tak terkawal mutu produksi ke?
Rasanya tahun ni paling kerap saya ke Istana Budaya. Awal-awal IB dibuka dulu rasa vogue dan cool giles kalau kompang ke kenkawan bahawa kita ke sana untuk menonton teater atau persembahan yang bes sampai menjilat siku. Kalau boleh nak tulis kat dahi ni, saya ke IB menonton teater PGL. Hamek ko, sangat la kg kan?hehehehe. Tapi sejak terdapatnya teater yang tahap persembahan sekolah menengah muncul di Istana Budaya maka saya fikir Istana Budaya patut bersikap tegas dan tidak mementingkan wang ringgit sahaja. Ye la, tiket kat IB kan mahal-mahal jugak, macam tiket persembahan Anuar Zain dan Siti Nurhaliza serta teater Mahsuri ittew. Haruslah korang maki berkarung kan kalau bayar RM80 sekali teater cam zaman korang sekolah menengah. kwang3

Terima kasih kepada Doc Zul di atas undangan menonton teater gah dari Aswara ini.