Oleh sebab ramai yang tidak dapat menonton dengan alasan seperti tiket sudah kehabisan, maka saya dengan murah hatinya ingin berkongsi fakta-fakta menarik yang saya kutip sepanjang menonton muzikal tersebut.
1. Terdapat 16 babak dan 16 lagu di dalam teater ini
Lagu yang ada di dalam teater ini melebihi jumlah lagu yang terdapat di dalam High School Musical 3. Ha, hadek-hadek kagum tak korang? HSM 3 pun ada 10 lagu jeh tapi teater ni ada 16 lagu. Namun daripada kesemua lagu yang ada hanya satu lagu sahaja yang aku masih ingat di dalam otak aku iaitu di babak 5 bertajuk Kita Serumpun. Susunan muziknya amat ‘catchy’ dan melambangkan identiti Malaysia dan Indonesia. Aku nyaris-nyaris sahaja bangun dari kerusi dan berteriak ya kita memang serumpun, maka hentikan pergaduhan-pergaduhan bodoh yang tidak menguntungkan sesiapa! Muzik ini memang menaikkan semangat. Saya suka! Tahniah Encik Ruslan Imam.
2. Fauziah Latif pancit
Di zaman kegemilangan Kak Gee dulu saya suka juga mendengar lagu nyanyian Kak Gee di corong-corong radio. Dah, tak yah berlakon cool dan berpura-pura yang korang tak tahu lagu layu di tasik madu tu. Entah-entah dulu pakat beratur kat tangga sekolah buat show nyanyi lagu ni time rehat. Malahan kedua kakak saya dengan gigihnya telah mengumpul duit belanja sekolah yang tidak seberapanya itu untuk membeli kaset-kaset yang asli. Lakonan Kak Gee di dalam rancangan-rancangan raya terbitan Azwan Ali (sebelum dia menjadi seorang yang jelik) seperti Lontong amat menarik juga. Tetapi itu tidak bermakna Kak Gee boleh berlakon teater dan menyanyi ‘live’ dengan baik. Maafkan saya Kak Gee. Memang jujur pernyataan saya ini, Kak Gee pancit! Tapi kalau ini bukan teater muzikal dan tak perlu menyanyi serta yang penting hanya perlu kelihatan cantik dan menarik seperti semasa memperagakan mutiara Rafflesia maka watak Tun Rahah ini memang sesuai untuk Kak Gee.
3. Rashidi Ishak, anda memang hensem tetapi ia tidak dapat menutup kelemahan suara anda
Ini seorang lagi idola aku dulu-dulu iaitu sejak zaman dia popular dengan iklan Levi’s tu. Ala, zaman-zaman dia dengan Dead Mushroom tu. Pastu entah macam mana dia jadi pelakon, tapi aku redha jeh fasal boleh nampak muka dia kat TV selalu. Selepas ini, tolonglah berlakon drama dengan filem je yek? Aku musykil mengenai cara pemilihan pelakon untuk watak Tun Razak. Asal boleh je ke?Sanggup menerima bayaran murah? Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu bagaimana caranya. Suara memang sepatutnya tak boleh nak komen sangat fasal dia bukan penyanyi. Kalau yang memang penyanyi pun pancit apa tah lagi dia yg main gitar jeh. Ok, suara Rashidi Ishak tak le seteruk suara mereka yang menyanyi secara syok sendiri di karaoke jamban tapi kenapa penghayatan watak tak seberapa. Halo, bukan takde pengalaman berlakon okes? Kuciwa saya tau! Nasib baik tiket free. Kalau tak dah lama saya baling kasut ke pentas.
4. Dato’ Rahim Razali, saya hormati anda sebagai pengarah tersohor yang berpengalaman tapi kenapalah teater ini sepertinya syok sendiri?
Siapa yang tak pernah menonton filem Abang dan Matinya seorang patriot memang patut di hukum rejam dengan guli. Ala siapa yang tak ingat dalam filem Abang ini betapa rangginya Ogy Ahmad Daud dengan bajunya yang seksi serta kuku kaler merah cili ittew dan lakonan yang mantap daripada Ahmad Tarmimi Siregar sebelum zaman tekarianya. Tak lupa juga Eman Manan dan Yusuf Wahab yang sangat menjiwai watak mereka di dalam Matinya seorang patriot. Bagi sebab-sebab teknikal dan sebagainya anda boleh merujuk kepada Fadz di blog beliau. Tetapi bagi saya yang cetek ilmu perfileman dan menonton filem hanya kerana penceritaannya dan kepuasan selepas itu, bolehlah dikatakan kedua filem ini memberikan kepuasan dan semangat yang baru setelah menontonnya. Agak menyedihkan teater ini seolah-olah menjadi petunjuk bahawa Dato’ Rahim Razali mungkin sudah hilang taringnya.

5. Garapan lemah menjadikan teater ini satu teater lawak jenaka
Ini teater tentang Tun Razak dan jasanya kepada negara. Tapi saya tidak terasa pun betapa bangganya saya kepada Tun Razak selepas itu. Saya agak terkejut dengan pemilihan baju dan mekap pada babak 2. Aiyoh, ambil idea dari drag show kat La Queen ke uols? Ada sesetengah babak yang sepatutnya menimbulkan perasaan sedih tiba-tiba jadi bahan jenaka dan terdengar deraian ketawa penonton. Ahmad Firdaus Che Yahaya, anda memang berbakat. Tolong jangan sia-siakan bakat anda dengan berlakon watak yang ntah apa ntah.
6. Wabak teater muzikal di Malaysia perlu dikawal
Selepas kejayaan PGL dan P. Ramlee the musical maka rasanya kalau boleh semua produser nak buat teater muzikal. Tolonglah sedar diri yang kedua muzikal tu dibuat dengan teliti dan memang bermutu. Kalau spesifikasinya begitu, tak hairanlah kalau semua orang berebut-rebut nak datang tengok. Tapi ingatlah ye, kalau nak buat teater tu buatlah betul-betul. Jangan sekadar nak menjual tiket atas nama muzikal dan nama-nama pelakon drama,TV atau filem yang tiba-tiba berlakon teater dengan alasan dia nak mencuba sesuatu yg baru. Memang buruk padahnya nanti! Lagi satu, tak semua cerita patut dijadikan muzikal dan Tun Razak ini adalah salah satunya. Noktah!
7. Istana Budaya, dah tak terkawal mutu produksi ke?
Rasanya tahun ni paling kerap saya ke Istana Budaya. Awal-awal IB dibuka dulu rasa vogue dan cool giles kalau kompang ke kenkawan bahawa kita ke sana untuk menonton teater atau persembahan yang bes sampai menjilat siku. Kalau boleh nak tulis kat dahi ni, saya ke IB menonton teater PGL. Hamek ko, sangat la kg kan?hehehehe. Tapi sejak terdapatnya teater yang tahap persembahan sekolah menengah muncul di Istana Budaya maka saya fikir Istana Budaya patut bersikap tegas dan tidak mementingkan wang ringgit sahaja. Ye la, tiket kat IB kan mahal-mahal jugak, macam tiket persembahan Anuar Zain dan Siti Nurhaliza serta teater Mahsuri ittew. Haruslah korang maki berkarung kan kalau bayar RM80 sekali teater cam zaman korang sekolah menengah. kwang3

Terima kasih kepada Doc Zul di atas undangan menonton teater gah dari Aswara ini.
16 messages:
Hmmm..banyak juga aku baca komen negatif tentang teater ni...
maybe ada beza antara teater kecil yang dibuat dengan sepenuh jiwa dan teater besar macam ni yang dibuat seakan hanya memenuhi syarat...
kalau betul teater ni tak smapai tahap yang baik, rugilah..sebab bagi aku Tun Razak tu besar namanya
Saat,
Koken 2 lebih jiwa dan terasa dekat..Serius, lebih membuatkan aku berasa sayang dengan Malaysia..
Tun Razak tak patut dijadikan muzikal, aku fikir lebih impaknya kalau dipilih peristiwa2 penting seperti DEB dan diolah supaya lebih pemahaman etc..
yes agree..sebab Tun razak is important figure in the country, kenalah serius olahannya.
Seolah-olah semua tokoh besar nak disadurkan dengan Muzikal. ..Its like why?
eh bagi orang putih muzikal ni disadurkan dari kisah hisup kucing je ok hehe bukannya kisah hidup orang ternama.
dan mungkin sebab dah banyak sangat muzikal...sukar untuk mencari originaliti dan impaknya lagi kot?
Wallahualam .
Masalah terlalu banyak muzikal satu hal..tapi yang lagi parah bahan dijadikan muzikal tu..kalau orang besar macam Tun Razak ni sangat la tak sesuai jadi muzikal..
Originaliti dan impak boleh jeh kawtim..kene brainstorming dan tengok sesuatu bahan dari sudut yang berlainan..baru ada umph!
Sinis la ko Saat cakap orang putih buat saduran kisah hidup kucing hahahahahaha..tapi aku suka!
dari segi celoteh wit dengan adunan sarkastik, aku mmg kalah ngan kau wahai kekure, ko mmm buat aku terfikir, afasallah lagi satu "nama tokoh" nak dijadikan muzikal, ya betul, semuanya ada dalam tulisan kau.
kau patut jadi penulis di Dewan Budaya dgn wit ko sebegini lantang, haha
lagi satu, ni salah tak: Please fill in the form"CCC" in page 33, and sent it to us.
Sent it ke Send it?
send it to us..
Fadz, merepek begini mudah jeh..nak menulis betul2 supaya cantik dan tersusun tu yg payah huhu
setuju dengan: -
1. ada benda boleh dimusikalkan
2. wabak musikal di malaysia perlu di bendung (kerja finaskah?)
3. tak semua pelakon 'main-stream' layak berlakon teater - but vice versa? maybe
4. ditto pengarah
ropa2nya reviu kau lebih KEJAMMM dr ulasan2 filem yg aku tulis selama ini!
kau kejammm! kejammm!
maksud aku kau kejam sebab tulis se-best ini dr ulasan2 aku!
kau patut direjam dgn guli berduri mcm pokok kaktus.. dan bubuh racun kat duri2 kaktus tu.. dan dan racun tu lebih berbisa dr suara kak gee..
nangisss!!!
(ya! aku meanip komen ini sambil standing ovation gituh!)
Fae,
great minds think alike :D point no 3 ko sangat benar..Zahiril salah sorang yang bermula dari teater dan kemudian masuk TV,sekarang dah menang award pun
Ajami,
Mana boleh lawan lu,bro?Lu Ahmad Tarmimi zaman Abang..mantopzzzz!
So far I have read 2 reviu dari dua kawan blog. Tapi yg peliknya semua suratkhabar tidak menyiarkan reviu mungkin kerana dua suratkhabar itu, BH dan UM jadi official media sponsor. Aku plak tak leh tulis apa2. Mujurlah ada kekura dan komen kawan2 walaupun tak menonton, tapi nak mengomen. Seharusnya tidaklah in the real world. MKomen juga harus from personal experience. Sorrylah nak lecture sikit hehehe. Tapi aku suka Saat cakap muzikal dari kisah hidup kucing. Kalau kat Malaysia ni nak buat muzikal binatang apa ya? Tikus Mondok mungkin yang banyak berkeliaran di kota kita waktu malam, bila warung2 dah tutup. Fadz, this is your call, may be berganding dengan Saat yang sedang menyiapkan translasi Chalk Circle
Meriah posting kali ni..ada 3 pendidik anak bangsa dan 2 orang blogger terkenal..
Kalau kat Malaysia banyak pilihan,boleh buat muzikal pasal badak nama Farouk yang mengamuk dulu tu atau yang paling dekat di hati orang utan..
Teater Natrah dah nak keluar..dengarnya Diana Danielle bakal jadi Natrah..
galak betul~..sekal dgn komen2.
x sesuai kot buat kucing sbg musikal. apa kata haiwan yg telah bawak kecoh satu malaysia? :D
dn harapnya Natrah tdak sia2. br baca berita ala2 promo @ utusan.
Dania Danielle buat muzikal? apa tajuknya? Muzikal Khidmat Negara bagi aku Skip LKN sebab Aku Pelakon Cun? huhu...mesti best kan? ada scene budak2 LKN nyanyi ramai-ramai sambil pegang senapang...
Tapi kalau dia berlakon mmg aku harus tengok!! ...Haha
saat, orang bernyanyi sambil pegang senapang is sooo Les Miserables and Miss Saigon k.
haiwan muzikal di Malaysia SUDAH TENTU Dugong, duh!
"Ku tenang dalam alam, tapi kau datang membawaku ke depan orang, ku tak inginkan coverage media, mata-mata yang melihatku tanpa berbuat apa-apa"
lagi:
"Kau Duyung ke kau Dugong? Kau janganlah peduli. Maya Karin dah buat kau femes, tunggu ajalah lepas ni, Aquaria jadi habitat kau nanti!"
hahaha
apa ni chalk2 circle ni? Saat ni one man show, dia tak main kongsi2. macam bini lah..
Ok ni iklan free ok...
"LINGKARAN KAPUR" Based on Brechts's Cuacation Chalk Circle..
DIRECTOR:Professor Ches Skinner...
Where: BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR,DEWAN BAHASA & PUSTAKA (DBP),
When: Friday, October 16 at 8:30 pm until
Sunday, October 18 at 11:30 pm
Dijemput semua hadir
Tiket: RM15.00.
Aku agak skeptik dengan lakonan Diana Danielle..kat drama ngan filem pun dah cam kayu inikan pulak kat teater nanti..
Kalau Dugong yang jadi subjek muzikal,kene la mintak sponsor kain dari Jakel..buat kostum Dugong kene pakai kain dan span yang banyak hahahahahaha
Uish nama Prof Ches Skinner..tak leh belah ni!
Post a Comment