Patutnya pada waktu sebegini seperti kebanyakan manusia normal lain di Malaysia aku patut tidur. Tapi aku tak boleh tidur. Jam tubuh aku sudah lama rosak dan sukar diperbaiki lagi. Kalau jam tubuh adalah jam dinding mungkin sudah patut ditukar bateri. Akibat daripada itu aku mula menjelajah ke laman web New York Post dan Reuters. Tiada berita menarik kecuali kisah ini lelaki misteri dari Malaysia.
Lagipun ia adalah hari minggu di sebelah sana. Kebanyakannya sedang sibuk berada di atas katil, mengubati hangover atau masih berjimba-jimba.
Aku pun tak faham apa sebenarnya yang berlaku di ‘wall’ beliau. Mulanya hanya kelihatan gambar-gambar yang terhasil daripada aplikasi ‘cute’ seperti My best friends (aku tak pasti sama ada mereka benar-benar mengenali pelakon tersebut atau ia hanyalah satu percubaan untuk memancing perhatian beliau) dan tak kurang juga mutiara kata yang di tulis bagi membakar semangat beliau untuk terus memberi lakonan yang merembeskan memberangsangkan. Tidak seberapa lama kemudian mimpi ngeri aku pun bermula.
Ya, benar sekali. Mimpi ‘spoilers’ aku telah bermula di ‘wall’ berdarah ini. Tak berapa lama dulu aku telah pun membantah akan ‘posting spoilers’ di wall beliau. Netiquette ada tapi tak mahu belajar. Kalau nak tepek spoilers boleh tapi sila letakkan amaran supaya takde yang gedik nak klik di situ. Aku fikir memang sifat manusia pentingkan diri sendiri dan pantang ditegur serta tak kurang juga bersifat ‘holier than thou’. Mungkin golongan yang suka menempek spoilers itu sedang menempuhi fasa menopaus atau mungkin mereka suka jika orang anti-‘spoilers’ seperti aku hilang mood untuk menonton. Hello, ko ingat ini filem sifu dan tongga ke? Aku memang takde niat nak tengok pun jadi memang aku alu-alukan kalau ada orang yang letak skrip penuh kat Internet. Tapi ini drama kegemaran aku ok? Bukan senang aku nak suka drama Melayu. Haruslah pasni aku tonton The Mentalist dan How I met your Mother serta Spongebob sahaja. Takpe, gua cool fasal gua tahu ‘spoilers’ tu salah. Satu lagi mungkin itu sifat penonton Malaysia yang cetek ilmu perfileman maka kurangnya kefahaman mengenai ‘spoilers’ dan kesannya kepada penonton. Satu lagi memang sifat orang Malaysia, suka buat bodoh. Bila diajak daftar mengundi mula la keluar soalan : kenapa nak mengundi? Nasib baik aku tak sumbat borang daftar mengundi dalam mulut. Apsal la baghal sangat dek non oiiiii? Takat nak gi karaoke ngan kenkawan pun ko kene undi pusat karaoke mana yang jadi pilihan inikan pulak nak mengundi pemimpin kerajaan. Ada duit PTPTN sibuk joli katak. Kan ke bagus kalau duit tu ko beli majalah Off the Edge dan fahamkan kenapa ko perlu terlibat dalam kempen Perlembagaanku.
Nama pun manusia, ada akal dan ada kelemahan masing-masing. Berbuih mulut aku menerangkan kenapa ‘spoilers’ itu patut dihindari tetap masih tak mahu cuba memahami. Kalau dah memang jenis degil nak mampus dan suka memusnahkan kegembiraan orang lain makanya akan ditepek jugak ‘spoilers’ tanpa meletakkan amaran awal. Berbanding dengan kejadian lepas di mana ada video bagi episod yang bakal ditayangkan di ‘wall’ FB pelakon tersebut pada malam itu, kejadian kali ini lebih parah dan langsung mematikan perasaan aku untuk menonton episod seterusnya. Itu baru cerita fasal FB peribadi beliau, belum lagi aku meleret sampai ke forum. Terpampang sinopsis bagi setiap episod. Perlu ke nak tulis fasal episod seterusnya dengan perincian tanpa sebarang amaran awal? Kalaulah mereka semua ni bersemangat buat perincian macam ni di tempat kerja maka aku berharap agar syarikat swasta atau jabatan kerajaan di mana mereka ini berkhidmat mencatatkan rekod produktiviti yang membanggakan. Syabas uols! Haruslah bonus tahun depan dapat 6 bulan gaji kan? Boleh la beli Coach AAA satu lori.
Well there goes my guilty pleasure thrown out of the window. So, anyone wants to go out with me this Friday?
2 messages:
aku nakkkkkk..but tak bole janji ler..ko nak gi mana this friday?
Tak tau lagi..tapi akunyer guilty pleasure dah takde..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Post a Comment