Wednesday, August 31, 2005

Sebagai peserta kempen belog dalam bahasa malaysia yang di anjurkan oleh eyeris.blogspot.com, saya dengan rasa rendah diri mempersembahkan hasil tulisan saya buat pertama kali di dalam bahasa malaysia bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan ke 48.

Sebagai seorang wanita yang baru sahaja menyambut hari wanita dan kini menyambut hari kemerdekaan pula, saya fikir wanita sebenarnya masih belum merdeka dalam erti kata sebenar.

Benar,wanita boleh melakukan apa sahaja yang lelaki lakukan kini.Tetapi merdekakah wanita bila mereka masih di nilai dari paras rupa dan bukannya kebolehan dan kelayakan masing-masing?Sedarkah anda bahawa lelaki yang tidak mempunyai paras rupa dan boleh di kategorikan sebagai muka pecah pintu masih boleh mendapat pekerjaan sebagai seorang eksekutif dengan gaji kasar sebanyak RM 2,500?Jika anda adalah seorang wanita,anda akan di nilai dari paras rupa dan kepandaian anda untuk mengambil hati bos dan rakan sekerja serta ciri-ciri lain yang merangkumi 70% dari sebab musabab kenapa anda boleh di ambil bekerja di sesuatu syarikat.

Kenapakah tulisan saya berbaur kemarahan?Saya sudah muak menjadi mangsa di zaman kemerdekaan.Saya merupakan seorang yg bermuka pecah pintu dan sering membuat kerja bagi pihak wanita yang mempunyai paras rupa yang menarik tetapi tidak berkebolehan dalam melaksanakan tugasan yang telah di berikan oleh pihak syarikat kepadanya.

Kalau camtu kan ke senang kalau bos dia amik jek aku keje?

Sekian luahan saya di dalam bahasa malaysia.

Terima kasih

6 messages:

Nana said...

bakunyerrr
*gelak guling2*
sabar wes.. itulah realitinye..nak wat camne.. kite sbg muke pecah rumah harus lah bersabar.. kalo tak pun..jom kite pecahkan muke derang..akakak

Le Visiteur said...

saya lelaki yg bermuka pecah jamban.

keigo said...

saya lelaki bermuka manusia.. tp still kene buat kerje2 utk manusia2 lain yg tau bodek boss je tp dok curik tulang.. mementang la smua sedara mara.. kronisme melampau!!

Eka said...

at least ko ader keje..aku mintak keje dah kena sound gi blaja make up & kuruskan badan..mau jer aku letupkan office tu..har har har

muteaudio said...

Apa kata kita ramai2 jadi petani. Bolehlah hari2 kita adakan upacara PECAH tanah.

mudslinger said...

hey kekure,
tulis dalam bm ye? hehe, cool gak. saya cuba jugak hari tu, sebab eyeris kan... then rasa best pulak tulis dalam bm, walaupun bm saya tak se'terror' mana. heh heh...