Saturday, July 07, 2007

Knickerbocker glory anyone?

There’s so much hype about 070707. What with the live earth concert on TV, people getting married everywhere in the world, yada yada yada, and what not. Just to blend in with lots of other human in the blogging world, then I suppose I should write something for the sake of having a posting on 070707. So I decided to write in Bahasa Malaysia as the Merdeka Day is just around the corner. Well, here it goes.

Nota :

1.Masa menulis nie aku alih bahasakan ayat yg terbentuk di otak dlm bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia. Tak perlu hiraukan kesalahan tatabahasa aku kerana aku tahu yang aku memang tak faham bahasa Malaysia.

2. Fadz,jangan saman saya. Saya janji saya akan lebih banyak membaca buku bahasa Malaysia.

Kenapa saya Tidak Boleh Tidur

Dah 4 malam aku tak dapat tidur. Entah kenapa agaknya. Tiap malam aku baring di katil bermula dari pukul 1am sambil memandang siling. 2am aku mula baca buku sampai 3am, selepas tu aku mula tengok tv layan kartun dan THS CH76 ASTEROK sampai subuh. Selepas 2 hari aku rasa otak aku makin lambat pick-up. Aku mula cuak bila aku rasa pergerakan di sekeliling aku dah jadi gambar gerak perlahan. Paling senang cerita, lebih kurang gambar gerak perlahan Gaban menukar baju dlm masa 0.03 saat. Bila aku ceritakan permasalahan aku (ya aku tahu masalah aku ni agak remeh berbanding sarkis cinta 3 segi Erra Fazira-Hans Isaac- Engku Emran yg terpampang di surat khabar dan ruangan gossip kegemaran aku di alam maya) kepada geng aku, banyak hipotesis yg aku dapat.

Berikut adalah senarai hipotesis yang menarik untuk di perbincangkan dan di perhalusi secara amnya :

1. Tekanan perasaan akibat tidak mendapat sebarang panggilan temuduga
Aku rasa mungkin ada betulnya jugak. Berpinar mata aku baca iklan kat surat khabar dan internet. Setakat The Star tu, pagi-pagi Sabtu tu aku dah turun ke 7-11 rumah aku gi beli.Takpe, aku sabar lagi nie sesabarnya Sabariah dalam filem P Ramlee yg aku tak pernah ingat tajuknya tu. Usaha itu tangga kejayaan.

2. Aku rasa ko perlu kawin segera sebab ko sunyi duduk rumah sensorang
Ini hipotesis dari seseorang yang banyak aku habiskan masa senggang bersama walaupun ada yg cakap rumah aku lg best dr rumah hamba Allah sorang ni.Betul!Rumah saya bessssssssssst. Jangan tanya aku kenapa aku selalu lepak dengan dia walaupun ada masanya aku terasa macam nak bunuh ikan-ikan afrikanya tu (dia akuarist yg lebih gigih dari aku dengan hiasan batu karang bagai) bila dia mula membebel macam ayam. Atau bila dia tak letakkan pinggan dalam sinki lepas makan. Atau bila dia tak nak tolong aku buang sampah sebab takut dia bau busuk. Atau bila dia sepah-sepahkan barang. Mungkin aku patut mintak batang ajaib? (magic wand) dari Harry Potter supaya aku boleh menukar dia menjadi LCD TV atau katak atau apa saja bergantung kepada tahap kemarahan aku.. Tak larat aku nak terangkan akan kekomplikasian kami.Aku agak ragu tentang hipotesis dia nie sebab pada aku sebenarnya dia yang nak kawin sesangat kot?

3. Hantu dr rumah sebelah yg dah lama kosong tu bosan jadi dia datang lepak rumah ko.
Agaknya dia nie selalu tengok Seekers, makanya dia mengeluarkan hipotesis macam nie terutamanya bila aku beritahu yg kadang2 bulu roma aku tetiba meremang di waktu malam. Kadang-kadang aku dengar bunyi anjing melolong padahal kawasan rumah aku takde anjing. Bercakap tentang Seekers nie pulak, pada aku benda yg paling ngeri dalam Seekers tu adalah pengacaranya sebab sepanjang yg aku tonton 3,4 episod musim baru nie takde pun sukarelawan yg dapat tengok hantu. Kot episode yg aku tak tengok tu tetibe ada yg nampak hantu,tak tau le pulak aku. Dah le pakai baju putih ngan mekap gothic yg tak menjadi tu pastu kontrol2 suara nak buat suara ngeri tp jadi cam suara mak nyah.Ngeri!(kepada mak nyah2 di luar sana yg terbaca blog mak ni, jgn marah nok. Mak takde maksud nak kutuk2 korang ok? Mak suka baca blog nyah2 semua..Best Mak suka! Teruskan usaha menulis blog korang yg best itewww).

Tetapi sesuatu yang ajaib telah berlaku malam tadi.Mulanya mata aku buntang je pandang siling. Tanpa di sedari aku telah melelapkan mata sehinggalah ke pagi tadi. Secara tepatnya aku dapat tidur lena sehinggalah si pengeluar hipotesis #2 yg memang spesies bangun awal terjaga dari tidur dan turut mengejutkan aku sekali. Sangat potong stim! Patutnya malam tadi aku plaster jek mulut dia dengan scotch tape atau gam gajah. Alhamdulillah, dapat semula salah satu nikmat dunia yakni tidur. Harap2 malam nie aku dapat tidur lagi.

Keluarga

Selang 3 hari ahli keluarga aku akan bergilir-gilir menelefoni aku. Dulu mak aku akan telefon aku paling kerap 2 kali sebulan. Gebob tu tak payah cerita lah kan? Setahun tu ada le 5 kali dia telefon. Tu pun kalau dia nak ajak aku kongsi hadiah hari ibu atau hadiah hari jadi mak ngan aruah abah aku. Kojeh tu selalu jugak contact aku, biasalah ada jek gossip yg dia nak kongsi temasuklah gossip cikgu2 di daerah umah kiatorg. Dia ni cikgu yg garang, sangat le bertentangan sifatnya dengan aruah abah aku.Masa dia mula2 jadi cikgu dulu, kawan2 abah aku ingatkan dia ni lemah-lembut cam abah aku yang di sukai ibubapa dan anak murid. Meleset betul harapan dorang bila pada minggu pertama Kojeh buat latihan amali perguruan dekat sekolah kawan abah aku dia dah mula menunjukkan kegarangan dia kepada anak murid sampai ada yg tak nak dating ke sekolah. Dia juga di kenali sebagai pembuli jalan raya kerana selalu memandu laju di kawasan kampung. Rekodnya temasuklah melanggar seekor itik dan seekor biawak hasil dari memandu 90kmph di jalan kampung yg muat satu kereta sahaja.

Mungkin keluarga aku takut aku mengalami kemurungan agaknya. Tak pun diaorang takut aku terasa nak bunuh diri. Sebab tu la aku tak suka tengok buletin utama atau berita-beritayg sewaktu dengannya. Tiap hari asyik tunjuk berita org bunuh diri sebab kecewa dan kes org kene bunuh akibat cemburu atau keluarga bunuh diri takutkan along. Macam mana la tak terlintas di fikiran mak aku yg aku (di akui yg aku mmg rasa agak stress tp tak mungkin aku bunuh diri.Terlampau banyak benda lain yg boleh aku buat dan aku tak fikir aku mau mati sia-sia. Macam kawan-kawan aku kata : ko belum rasa nikmat dunia yg paling best muahahahhahaha. Paling penting, personaliti aku tidak sekali-kali menunjukkan aku memenuhi ciri-ciri org yg cenderung membunuh diri.hehehehe) mungkin bunuh diri sebab telampau disogokkan berita-berita macam ni. Banyak lagi benda penting yang boleh di tunjuk dalam berita tu: Cerita Komedi Dewan Rakyat, Komen-komen tak masuk akal dr Menteri (aku rasa Samy Vellu patut di beri satu segmen khas di dalam berita perdana TV kerajaan. Dia adalah ajinomoto di dalam kancah politik Malaysia, pada hemat aku) dan isu-isu alam sekitar yg kini kian popular ( Tahniah Al Gore! Anda berjaya membuatkan kitar semula menjadi cool n hype)

Buku

Banyak masa aku di habiskan dengan membaca.

1. I Am Muslim oleh Dina Zaman.
Sila baca untuk memahami lebih lanjut kenapa dia memilih tajuk ini. Banyak isu penting walau di tulis bersahaja tetapi meninggalkan kesan mendalam. Isu diutarakan Dina aku fikir sebenarnya di fikirkan oleh ramai muslim tetapi malu untuk berbincang secara terbuka atau takut di cap sebagai pelampau agama dan apa2 lagi cap yg boleh di pakai temasuk le kicap cap tamin. Belilah buku ini dan kongsi isi di dalamnya bersama rakan-rakan.

2. Bila Tuhan Berbicara oleh Faisal Tehrani
Aku tak habis baca lagi sebab aku tengah sibuk baca buku lain. Baru 100 muka surat tapi isunya menarik. Memerlukan daya pemikiran dan tumpuan yg tinggi. Akibat tidak tidur selama 4 hari, otak aku memproses dengan perlahan seperti PC dengan 32RAM maka aku berhenti baca buku ini.

3. La Tahzan
Bahan bacaan yg sangat sesuai terutamanya kepada org yg tengah menahan kesabariahan dalam menghadapi keadaan takde keje nie. Cerita banyak-banyak pun takde paedahnya. Yg aku tau, ini buku yang wajib semua org ada. Period! (apa yek period dlm bahasa melayu?sapa tau nie?yg aku tau satu jek hehehehhe)

Oh!Tak sangka panjang pulak aku tulis.
Tapi takpe.
Selamat 070707

8 messages:

ted said...

sayang, period itu maknanya noktah. titik. finale.

fadz said...

best lah cerita kau, kau ni ada sesuatu yg penulis humor kita takde...kau ada, ada sesuatulah!!!! aku suka..alah, tatabahasa, biasalah tu, macam penukaran Aku - Saya, atau 'di' untuk kata kerja dan kata nama, yang lain-lain seronok apa! Teruskan sahaja, sekali-sekala:)

. : obesiti perkapasiti : . said...

hehehe, cuba lah kite menulis dalam bahasa melayu :D

kekure said...

Ted,terima kasih di atas maklumat anda.kosa kata bahasa malaysia kau lebih baik dari aku hehehe

Fadz,pendapat di hargai.sekali sekala boleh jek,selalu sangat nanti ada yg kene belasah pegawai DBP :)

Jaja,ko bila lagi beb?jom kempen tulis BM sempena sebulan Pak Lah kawin hehehe

maggot said...

I Am Muslim by Dina Zaman, a la Carrie Bradshaw's Sex in The City lah. Mostly it's that "I couldn't help but wonder, why..." moments.

Aku suka buku ni. Tapi lepas baca, apa yang aku rasa ialah kepercayaan aku di re-establish. Tapi mcm takde benda baru sgt yg aku dpt. Chewah, mana humility diri ni?

maggot said...

And also try get your hands on Irshad Manji's The Trouble with Islam Today. I've just ordered mine and it will arrive anytime this week.

www.muslim-refusenik.com

Anonymous said...

woitt.. ko jgn makan perabeh makanan ikan aku ittewww.. jgn tamak!banyak lagik bender yg ko boleh makan.... from:littlemisssunshine... yeeeehaaaaaaa

fae said...

weh, magic wand is 'tongkat sakti', lain je bunyi frasa nama yang ko guna kan tugh,...