The Killers - Read my mind
On the corner of main street
Just tryin' to keep it in line.
You say you wanna move on and
You say I'm falling behind.
Can you read my mind?
Can you read my mind?
I never really gave up on
Breakin' out of this two-star town.
I got the green light,
I got a little fight.
I'm gonna turn this thing around.
Can you read my mind?
Can you read my mind?
The good old days, the honest man;
The restless heart, the Promised Land,
A subtle kiss that no one sees;
A broken wrist and a big trapeze.
Oh well I don't mind, if you don't mind.
'Cause I don't shine if you don't shine
Before you go, can you read my mind?
It’s funny how you just break down,
Waitin' on some sign
I pull up to the front of your driveway
With magic soakin' my spine.
Can you read my mind?
Can you read my mind?
The teenage queen, the loaded gun;
The drop dead dream, the Chosen One,
A southern drawl, a world unseen;
A city wall and a trampoline.
Oh well I don't mind, if you don't mind
'Cause I don't shine if you don't shine
Before you jump,
tell me what you find when you read my mind.
Slippin’ in my faith until I fall.
You never returned that call.
Woman, open the door, don't let it sting
I wanna breathe that fire again.
She said I don't mind, if you don't mind
'Cause I don't shine if you don't shine.
Put your back on me,
Put your back on me,
Put your back on me.
The stars are blazing like rebel diamonds cut out of the sun.
Can you read my mind.
Bersempena dengan tahun baru ini, aku fikir ada moleknya jika aku memulakan penulisan aku pada tahun 2009 dengan menulis di dalam bahasa ibunda dan di selang seli dengan bahasa penjajah di masa mendatang. Bunyinya seperti aku akan menulis setiap hari tetapi tuhan saja yang tahu betapa malasnya aku sehinggakan blog aku ini boleh di ibaratkan seperti kuil usang di dalam cerita The Coffin. Dari luar kuil itu tampak kosong ala-ala dah lama tanpa pengunjung kaedahnya. Kat dalam nun ada seorang pakcik tua yang gigih membakar mayat dan menghadapi angker seorang diri. Sibuk pakcik tu uols angkat keranda sorang-sorang saban hari. Ot ke health benefit semua tu tiada, sapa nak jawab? Itulah kebaikan meminum kopi janda di mana taglinenya adalah kami bukan nak menggoda cuma nak berniaga. Uols ada ke tagline gempak cam tu? Ha nan ado kan,kan,kan? Tenaga yang di bekalkan melebihi daripada apa yang kita dapat dengan meminum Milo anda jadi sihat dan kuat ittew. Nampak gayanya Milo kini telah bertemu buku dengan ruas. Bersempena dengan kempen boikot barangan USA dan Israel ini marilah kita bersama-sama meminum kopi buatan tempatan dan memajukan industri kecil negara.
Terlalu banyak benda yang ingin aku ceritakan tapi aku fikir tiada pun bezanya kalau aku tak bercerita , tiada sebarang impak kepada makhluk lain di dalam galaksi ini melainkan jika aku adalah invader zim yang terpaksa melaporkan setiap kemajuan yang di capai dalam rancangan penaklukan bumi kepada bos makhluk asing. Impak maksimumnya hanyalah kepada aku yang selalu mengimbas kembali sesuatu peristiwa secara berulang-ulang di dalam kotak fikiran (Aku musykil kenapa ia di rujuk sebagai kotak fikiran. Otak kita tidak berbentuk empat segi baik segi empat sama atau segi empat tepat. Heksagon pula jauh sekali. Jika seseorang manusia atau tikus jalanan mengalami kecelakaan, otak yang di lenyek oleh tayar akan hancur berderai dan tidak sama sekali menjadi penyek seperti kotak tisu yang dipijak-pijak untuk melepaskan geram kepada rakan sekerja yang kononnya hebat daripada sekalian makhluk yang ada dan telah menjadi punca kepada undang-undang tidak munasabah di laksanakan di pejabat anda. Mungkin sudah banyak sel-sel otak aku yang mati akibat daripada perbuatan berfikir-fikir keterlaluan secara di bawah sedar ini. Aku berazam untuk memakan lebih sayur-sayuran untuk kembali membiakkan sel-sel otak bagi memudahkan penghadaman. Aku tidak patut bergantung pada vitagen mahupun julap sahaja. Yakin boleh, rakan mudaaaaaaaa! Doakan kejayaan saya wahai rakan-rakan (Sila baca dengan penggayaan Spongebob versi Melayu di tv9).
Setelah aku membelek-belek posting aku yang sudah-sudah, agak lama juga aku tidak berbicara mengenai kehidupan di pejabat. Bersesuaian dengan suasana VSS yang mencengkam di banyak syarikat termasuk syarikat aku bekerja mencari sesuap nasik, sekeping steak dan secawan pinacolada(ingat mencengkam dan bukan nasi ayam mancongkam sebelah kedai haji tapah kat jalan Gombak-KL tu okes. Sapa tak tahu kat mana boleh tanya Fadz) aku fikir ada eloknya aku menulis mengenai suasana di pejabat.
Nah, terimalah Pejabat untuk si Dungu/Bahalol/Mangkuk Ayun/Tolol (office for dummies sebenarnya. Keji direct translation gittew, penterjemah terlampau sangat. Disclaimer: cerita yang bakal dibentangkan tiada kene mengene ngan yang masih bernafas di muka bumi yang fana ini. Kalau ko terasa ada kene mengene tu memang la sama ada you’re so vain atau pun ko obses dengan aku sebenarnya, boleh?). Tulisan di bawah ini bolehlah dianggap sebagai FAQ dan di guna pakai bagi menghadapi sebarang gelombang VSS di tempat anda bekerja.
Soalan :Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi kemungkinan diberikan VSS kerana jawatan saya sekarang berada di hierarki terendah di dalam carta organisasi tidak rasmi dan terdapatnya seorang lagi manusia yang berjawatan sama dengan kos yang lebih rendah di China?(VSS tu patutnya di tukar nama menjadi paksa rela dan bukan suka rela fasal takdenyer orang yang menerima pampasan sebulan gaji rela diberhentikan sedangkan kerja lain belum tentu dapat dalam masa 3 bulan)
Jawapan : Ini soalan yang amat menarik untuk di bincangkan ya pembaca sekalian. Apa barang kita bermati-matian demi menyelamatkan pekerjaan yang kita benci dan muak itu? Namun kebenaran itu amat pahit untuk di telan. Walaupun pahitnya bagai memakan jamu kocok di pasar Chow Kit, kita tahu hakikatnya amat sukar untuk mendapat pekerjaan di zaman kemelesetan ekonomi ini. Nampaknya kekuatan dalaman ekonomi kita seperti yang diwartakan saban hari di dalam akhbar tidak menjamin masa depan yang gemilang kepada Islam Hadhari dan bulan mengambang semakin melebarkan pengaruhnya di seluruh Malaysia.
Cara paling mudah yang boleh anda lakukan ialah dengan menjadi barua/kaki repot/pengampu dan lain-lain perkataan bermaksud sama. Taktik ini amatlah sesuai digunakan jika bos anda senang dikotak-katikkan dan mudah termakan hasutan. Perkara pertama yang perlu di buat adalah mengenal pasti seorang rakan sekerja yang senang untuk dikambinghitamkan. Langkah ini amatlah penting dan pastikan bahawa anda mempunyai hujah yang baik semasa membuat pembentangan powerpoint kepada bos anda selain mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi bahawa anda adalah orang yang paling penting di dalam pasukan itu. Tanpa anda apalah sangat pasukan yang penuh dengan orang berangan datang kerja dengan lagaknya seperti peserta survivor/ko ingat ko pandai joget/runaway project/AF. Di antara ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan bagi memilih seseorang yang bakal dikambinghitamkan ialah mereka yang selalu tiada pejabat di atas sebab-sebab peribadi yang anda fikir (INGAT! Kata kuncinya adalah apa yang anda fikir dan bukan apa yang rakan-rakan sekerja lain fikir) adalah keterlaluan dan menjelikkan. Si mangsa juga mestilah seorang yang kelihatan neutral dan dijangkakan tidak melawan jika sebarang tindakan susulan di ambil. Jangan sesekali memilih orang yang bermulut becok seperti Joyah kerana ia bakal mencetuskan taufan katrina. Tiada sebarang bekas kedap udara yang dapat menahan angin yang bertiup kencang dan boleh menerbangkan shaun the sheep ke Zimbabwe.
Walau bagaimanapun ingin saya tekankan di sini ya para pembaca, semasa membuat kempen kepada bos mengenai orang yang dikambinghitamkan itu, anda perlu memastikan bahawa tindakan yang bakal di ambil oleh bos anda hanyalah melibatkan si kambing hitam itu dan bukan keseluruhan pasukan anda. Awas, buruk padahnya jika tindakan anda mengkambinghitamkan rakan sepasukan menyebabkan kegembiraan berganda rakan-rakan sepasukan seperti boleh bekerja dari rumah sambil memakai kaftan atau kain pelekat di tarik balik dan kedatangan di ambil seperti budak sekolah lagaknya. Nasihat saya jika ini terjadi, silalah parking kereta anda jauh-jauh dan tidak diketahui kordinatnya oleh rakan sekerja kerana ia akan mengundang simbahan cat berwarna merah dan anda bakal di syaki tidak membayar pinjaman along sejak sekian lama seperti wan ...... ittew.
Soalan : Bagaimana untuk membodek bos yang lemau/selenga/hipokrit/(sila letak apa-apa sahaja perkataan yang anda suka) supaya kedudukan anda selamat?
Jawapan : Oh soalan ini adalah lebih mudah untuk di jawab dan caranya pula lebih berisiko rendah. Taktik yang sering diulang-ulang seperti datang awal atau sentiasa menerima ajakan bos untuk makan-makan di restoran mewah walaupun anda membawa bekal ke pejabat setiap hari bagi menjimatkan perbelanjaan adalah sesuatu yang cliché ya para pembaca. Taktik lain yang anda boleh gunakan ialah memastikan bahawa anda mempunyai suara yang lebih lantang daripada bos anda terutamanya ketika mesyuarat mingguan di samping mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih tinggi supaya bos merasakan anda adalah heronya (hero jika anda wanita bermisai dan heroin jika anda wanita tanpa misai). Jangan risau jika anda mempunyai pengetahuan yang sama paras dengan bos anda kerana anda boleh menyembunyikan kelemahan anda itu dengan menyampuk atau mencaras terus ayat-ayat yang dilontarkan oleh rakan-rakan sebaya semasa sesi perbincangan. Satu lagi langkah yang perlu di ambil ialah dengan sentiasa melaporkan sebarang perkara yang anda lakukan kepada bos melalui email hatta benda-benda kecil sekalipun seperti rakan sekerja merangkap balaci anda tidak menggunakan huruf kecil pada perkataan yang sepatutnya. Bermuka tebal adalah penting bagi memastikan kejayaan langkah ini kerana rakan-rakan sekerja pasti membenci anda sehinggakan ada yang sanggup menahan kencing dan melompat-lompat di luar tandas kerana menunggu anda keluar akibat daripada rasa benci tahap dewa .Pelbagai gelaran juga bakal disebarkan oleh itu berhati-hatilah jika tiba-tiba rakan sekerja yang tidak pernah bertegur sapa tiba-tiba sahaja tersenyum lebar apabila melihat anda memakai baju berwarna merah jambu kerana mungkin ia berkaitan dengan gelaran anda iaitu miss piggy. Bersabarlah, ini semua hanya dugaan kecil demi memastikan anda masih mempunyai pekerjaan di kemudian hari. Anda pasti ketawa berguling-guling apabila merasai nikmat kejayaan taktik anda ini apabila rakan sekerja mengoyak gambar kucingnya yang di lekat dengan gam gajah kerana menyangka bahawa dia akan bekerja di situ sampai pencen selepas menerima VSS secara paksa rela tetapi anda masih selamat dengan pekerjaan yang anda benci ittew.
Sekian sahaja tips yang boleh dikongsi daripada aku untuk kali ini. Sesungguhnya masa amat mencemburui kita. Jika terdapat sebarang soalan atau cadangan mengenai langkah yang boleh di ambil sila tuliskannya di kotak komen :)
7 messages:
saya suka lagu the killers itu. dan tagline KJ sungguh best, adakah anda menjual KJ kerna saya teruja untuk merasanya sambil sebagai salah satu langkah ke arah menyokong industri tempatan bagi menguatkan ekonomi dalaman negara.
sungguh panjang lebar tips mengahdapi VSS anda itu. akan saya war-warkan kepada rakan-rakan lain yg seangkatan. bersabarlah dan saya berdoa semoga anda berjaya dalam usaha mengekalkan diri di sana atau memperoleh pekerjaan yg lebih masyuk di tempat lain.. either or lah kan.
sesungguhnya juga ya saya bersyukur buat masa ini tiada kedengaran angin sepoi2 bahasa perancis ttg sebarang kemungkinan vss di tempat saya bekerja..bagaimanapun sbg manusia biasa saya masih tetap perlu berwaspada kerana hidup ini adalah seperti roda...
alangkah bangganya saya melihat paparan anda yang di dalam bahasa ibunda (bukan bahasa ayahanda kerana ianya jawa - saya tidak faham). tahniah diucapkan!
saya juga berharap yang saudari akan bersabar dengan keadaan setempat dan berdoa kepada yang maha Esa saudari akan mendapat peluang dan rezekii yang berlimpah ganda dengan segera...kerana,...siapalah kawan-kawan jika bukan untuk mengepau sesama sendiri.
akhir kata, hidup mesti obses!
mak aih panjangnya dia tulis!
i love the entry, hilarious! but i still hate u, u republican u! hahaha..
mat jizat will kill u
btw, the parodi of an ustazah talking abt VSS with such cheeky flair mmg best, u sgt! wanita bertudung tapi bertopedo di dalam baju, boleh?
Fadz,i berspeedo di swimming pool jeh hehehe
Ajek,thanks sudi jenguk..berpinar tak mata ko baca?
Faye dan Aidah,bangganya kerana anda menghantarkan komen di dalam bahasa ibunda yang terchenta..tepuk tangan untuk diri sendri
Post a Comment