Teater Mahsuri
Aku memang suka Ibu Fauziah Nawi, satu nama yang gah di Malaysia Lakonannya jadi mangsa teraniaya kalau penonton tak menangis satu baldi jangan panggil dia Ibu Fauziah Nawi okes. Tak main la letak eye-mo satu botol, air mata asli katanya. Tak perlu aku senaraikan anugerah, filem, drama dan teater yang dibintanginya kerana aku fikir ramai yang tahu dan peminat setianya mungkin telah menghafal kesemuanya tanpa perlu menggunakan toyol jika masuk kuiz atau kalut nak guna talian hayat andainya di tanya secara spontan. Tahniah kepada beliau kerana akhirnya mendapat peluang untuk mementaskan karyanya di Istana Budaya. Terharu sekejap aku tadi kerana selama ini karya Ibu Fauziah Nawi selalunya hanya di pentas-pentas kecil tetapi hasilnya tidak pernah menghampakan.
Buat pertama kalinya aku merasa terganggu selepas menonton teater. Serius ye, amat serius seperti setiap usaha Wonderpets membantu haiwan di dalam kesusahan. Bukan sahaja terganggu, runsing malahan kecewa dan aku terasa seperti nak mencarut-carut macam Jonathan Davis semasa Sunburst. Aku fikir kekecewaan aku boleh disamakan seperti kecewanya Miss California yang dinafikan mahkota Miss USA kerana dia mengatakan tidak kepada perkahwinan sejenis. Perasaan terganggu aku pula melebihi rasa terganggu yang aku alami selepas melihat Julia Ziegler menjadi hantu berwarna biru di dalam Jangan Tegur yang mana permainan lidahnya lebih kepada lucah daripada mengerikan. (Nota:Aku fikir Julia Ziegler tersalah membuat rujukan. Dia sepatutnya menjadikan Linda Blair di dalam the Exorcist sebagai panduan tetapi terpasang cerita ‘berwarna biru’ dan dia akhirnya mencatat sejarah menjadi hantu kayu paling lawak abad ini.)
Siapa tak kenal Mahsuri dan legenda darah putihnya? Sebut saja Langkawi atau Kedah mesti akan dikaitkan dengan Mahsuri. Aku fikir ia adalah naskhah yang sangat vok untuk di kendalikan oleh Ibu Fauziah Nawi. Sayang sekali hasilnya tak seberapa. Dalam bahasa pasarnya : drama sekolah menengah lagi best!(Ini tidak merujuk kepada High School Musical yang ada Zac Efron tu tapi drama sekolah menengah yang korang sendiri hasilkan semasa minggu bahasa). Ini teater di Istana Budaya, ada satu standard yang tinggi dan kelengkapan yang bagus. Tiada alasan kenapa produksi ini tak berjaya menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Aku tak faham kenapa nak guna konfeti bagi menghasilkan efek semasa babak Mahsuri di bunuh? Hello, ini bukan hari penyampaian hadiah kanak-kanak tabika kemas yang nak guna konfeti-konfeti ni?Apa yang ko nak tunjuk sebenarnya? Nak tunjuk yang salji turun semasa Mahsuri dibunuh? Efek yang HAZAB with capital H kaedahnya.
Sebenarnya salah aku jugak kot kerana menaruh harapan yang tinggi. Kalau dilihat pada barisan pelakonnya ada 2 nama yang aku suka lihat di teater : Vanida Imran dan Azizah Mahzan. Aku pernah melihat Vanida Imran di dalam Lantai T Pinkie dan Wangi Jadi Saksi. Karen banget dan jamban dia pun best! Dalam Mahsuri dia tak menyinar pun dan aku rasa ia satu pembaziran bakat yang teramat kerana dia boleh berlakon. Arja Lee tu walaupun muka hensem nasib baik la boleh jugak berlakon, cuma suaranya kurang jelas pada sesetengah babak. Lainlah kalau pasangan kayu iaitu Julia Ziegler dan Pierre Andre berlakon Jangan Tegur the Musical, memang patutlah lagu lebih banyak daripada berdialog supaya tak ketara yang mereka berdua tu kayu. Kalau dorang tak dapat datang berlakon pun takpe, gantikan saja dengan orang-orangan tiada sapa pun yang perasan. Azizah Mahzan, satu lagi pembaziran di dalam teater ni. Ok, ok dia memang telebey sudah di dalam Spa-Q tetapi dalam teater dia memang bagus. Wataknya sebagai kertu kampung tak menunjukkan kelebihannya yang sebenar. Pelakon yang membawakan watak Wan Mahura yang ala-ala meroyan selepas Wan Darus kawen dengan Mahsuri juga tidak mengecewakan!Mek suka!
Aku senaraikan jek la apa yang aku tak puas hati tentang teater Mahsuri ni.
1. Tiada disebutkan tentang darah putih
Apa yang membuatkan Mahsuri satu legenda hebat selain daripada sumpahannya? Tak lain dan tak bukan darah putih yang mengalir keluar daripada badan beliau. Ternanti-nanti aku tadi bagaimana agaknya babak darah putih ini akan di jalankan. Sekali hamek ko! Darah nan ado, sebut pun tidak. Sekurangnya buat la macam darah tu terpercik ke pokok masa Mahsuri di tikam dan mengalir tak henti dari celah pokok tu. Mesti ada propsman tau camne nak buat simple trick cenggitu, kan kan kan? Dah le tu pas mayat Mahsuri di serahkan kepada bapaknya boleh pulak bapaknya meroyan tak tentu fasal! Babak penting yang patut lebih dramatik dan memberikan penutup yang lebih kemas kepada teater ini.
2. Pakaian
Orang kedah ada baju tradisinya sendiri ye kawan-kawan iaitu baju Kedah. Malas aku nak cerita panjang, tapi kalau aku orang Kedah mahu hangin gak la. Buat je la Mak Mahsuri tu pakai baju Kedah. Dah nama orang Darat, sah-sah le keje pesawah uols. Makan hati satu kampung tau tengok ko catwalk ke sawah pakai kebaya labuh. Tak pasti sama ada takde kajian, tak de baju Kedah dalam wardrobe Istana Budaya ataupun save budget.
3. Props dan efek
Props dia cun gak la especially pokok kelapa tu. Tahniah kepada mereka yang bertanggungjawab menyediakan pokok kelapa tersebut. Babak Mahsuri mimpi sampai terangkat dari katil tu memang best. Selain daripada tu takde apa sangat la yang nak dibanggakan. Efek paling best pun fasal terlampau banyak black out. Itu pun kalau black out tu boleh di kira sebagai efek.duh! Ada banyak babak penting yang boleh diberikan efek yang lebih ganas untuk menimbulkan empati penonton kepada Mahsuri. Daun-daun yang gugur daripada langit lebih sesuai untuk menggantikan konfeti.
4. Sound, lagu dan suara
Maaf, tiada lagu yang catchy dan selepas beberapa jam aku dah tak ingat pun lagu-lagu yang dinyanyikan. Sound agak off sikit tadi, mungkin ada technical glitches. Sebutan kurang jelas jadi aku tak faham biji butir. Pitching off tak payah cerita, ini bukan blog AF. Lagu yang terlampau banyak sampaikan babak tak payah ada lagu pun nak nyanyi juga. Astaga, suami kau dah nak gi berperang pun boleh nyanyi2 lagi. Ini bukan Wonderpets yang asyik menyanyi bila mereka on the way nak gi selamatkan haiwan! Babak ni sepatutnya dipenuhi dengan dialog- dialog yang meruntun jiwa sebab kita tahu di dalam legendanya bahawa itu adalah detik terakhir Wan Darus melihat Mahsuri hidup. Contoh terbaik ialah filem Armageddon, bila pasukan Bruce Willis dah nak naik kapal angkasa babak-babaknya dipenuhi dengan dialog yang bikin orang menangis sampai abih tisu 1 kotak.
5. Pelakon tambahan yang terlampau ramai
Sesak semacam fasal pelakon tambahan terlampau ramai. Pening kepala aku! Kalau tak kerana baju pelakon utama yang lebih meletopz daripada pelakon tambahan ni mahu le kompius mana satu pelakon tempelan dan mana satu pelakon utama. Tu pun masa babak berlatih silat tuh aku da kompius sekejap fasal baju Wan Darus, Damak lebey kureng jeh ngan yang lain.
Terfikir jugak aku yang cerita ni lack of imaginations. Nak marah aku pun marah lah aku tau bukan ada orang baca pun blog aku. Maaf aku tak berapa ingat nama watak fasal ada masalah sistem bunyi dan sebutan yang kurang jelas jadi aku tak dapat tangkap betul-betul namanya.
Terima kasih tak terhingga kepada encik Ajami Hashim yang bertindak sebagai ketua rombongan. Undanglah lagi ye nanti? hehehe

5 messages:
Terima kasih kekure, kita jumpa tak malam tadi? Betul thx to Ajami kerana membawa kita ke sana. Best baca tulisan awak, awak ni penulis cerpen ke, memang menarik bahasa awak, lagi2 benda atau istilah baru, saya nih nak belajar tahu bahasa2 camtu, so my review taklah terusk sangat.
:)
wah, berbaloi baca rebiu ni..
btw, nama u dah maklum pada ruhayat
Doc,
marilah kita berkerjasama untuk menjadikan blog kita lebih menarik dan dikunjungi ramai agar dapat kita berkongsi ilmu dan pandangan bagi memajukan bangsa Malaysia (sila baca dengan gaya Puteri Umno buat ucapan kat mesyuarat bahagian)
Saat,
review ko giles best hahaha..i like!
Fadz sahabat semaki hamunku,
ini jek la yg termampu aku review supaya ko kat sana up to date jugak hehehe
Post a Comment